pencemaran makanan

makanan mentah dan makanan dimasak mudah rosak disebabkan oleh tindakan organisma perosak makanan, tindak balas enzim di dalam makanan, atau keadaan di dalam persekitaran.Makanan yang tercemar dan penyedia makanan adalah sumber utama transmisi mikroorganisma kepada manusia.Makanan yang tidak selamat dimakan mengandungi bahan patogen yang menyebabkan penyakit pada manusia.

Sebahagian bakteria dan kulat boleh tumbuh dan menghasilkan toksin dalam makanan jika tidak dikendali dengan sempurna.Toksin ialah racun yang dihasilkan oleh mikroorganisma.Mikroorganisma mengeluarkan toksin dan menyebabkan makanan tercemar termasuk Stapphylococcus aureus,Clostridium botulinum,Clostridium perfringens, dan kulat.

Prinsip kebersihan makanan

tudung sajiSanitasi makanan merujuk kepada pengawalan kebersihan dan keselamatan dengan mengamalkan prinsip kebersihan semasa penyediaan dan penyimpanan makanan supaya pencemaran makanan tidak berlaku.Prinsip kebersihan makanan meliputi kebersihan diri,menyedia,memasak dan menyaji makanan serta menyimpan bahan masakan dan makanan yang telah dimasak.

sanitasi makanan

Kualiti makanan boleh dipengaruhi oleh kesihatan fizikal, sosial dan moral masyarakat.Ini menyebabkan kerajaan menyediakan cadangan,langkah dan peraturan dan akta bagi menjamin keselamatan akta bagi menjamin keselamatan makan di pasaran.Oleh itu semua pihak perlu bertanggungjawab ke atas sanitasi makanan.